PERKHIDMATAN  SOKONGAN KLINIKAL   

PENYELIAAN

Unit Penyeliaan Hospital merupakan salah satu komponen dibawah pengurusan Hospital Alor Gajah, Melaka. Unit ini terletak di aras bawah, Blok Pentadbiran. Pengurusan unit ini dibawah jagaan Ketua Penyelia Hospital (Penolong Pegawai Perubatan U42) dan dibantu oleh 4 orang kakitangan terdiri daripada Penolong Pegawai Perubatan U36, Pembantu Perawatan Kesihatan U14 dan 3 orang Pembantu Perawatan Kesihatan U11. 


Di antara unit-unit yang mempunyai kaitan langsung dengan unit ini adalah:

  • Unit Pesakit Luar
  • Unit Kecemasan
  • Unit Haemodialisis
  • Unit Angkut
  • Klinik Pakar.
  • Unit Forensik
Unit ini sentiasa berusaha menuju kearah kecemerlangan dalam segala aspek perkhidmatan yang diberi. Dalam usaha untuk lebih memantapkan mutu perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan, Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan Hospital Alor Gajah, Melaka telah memperkenalkan Konsep 3D1H (Discipline, Documentation, Development dan Human Satisfaction) untuk diguna pakai oleh semua warga kerja Penolong Pegawai Perubatan di hospital ini bermula tahun 2015.
 

Misi

Menyediakan perkhidmatan penyeliaan klinikal (clinical supervision) yang cekap dan mantap kepada anggota dibawah jagaan supaya setiap aktiviti perkhidmatan diberi secara profesional dan efektif memenuhi keperluan komuniti.

Visi

Menjana satu pasukan sokongan yang cekap dan berdedikasi dengan sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit secara berterusan dengan memberikan perkhidmatan jagaan kesihatan yang berkualiti.

Objektif

  • Memastikan perkhidmatan yang diberi oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan dilaksanakan secara profesional, cekap dan berkualiti sepanjang masa mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
  • Mengurus sumber manusia dibawah kawalan dengan cekap dan mengoptimakan bilangan anggota di sesuatu unit atau jabatan mengikut kepentingan perkhidmatan.
  • Menyediakan program latihan secara berterusan dan berkesan kepada anggota dibawah jagaan
Sokongan Klinikal     Farmasi & Bekalan     Patologi     Pengimejan & Diagnostik     Fisioterapi     Carakerja     Perkhidmatan Bahan Steril     Sajian & Dietetik     Rekod Perubatan     Kawalan Infeksi     Kejururawatan    Penyeliaan

Tarikh Akhir Kemaskini :: 29-04-2016 :: 08:31 AM