PERKHIDMATAN  KLINIKAL  KLINIK PAKAR   

PERUBATAN

Klinik Pakar terletak di Blok C bersama dengan Jabatan Pesakit Luar dan Unit Farmasi dan Bekalan. Objektif Utama Klinik Pakar adalah memberi rawatan kepakaran kepada kes - kes baru yang dirujuk dan rawatan susulan secara pesakit luar kepada penduduk Alor Gajah serta kawasan sekitarnya.

Skop perkhidmatan

  • Klinik Pakar Perubatan membuat pemeriksaan dan memberi rawatan untuk kes-kes baru, kes-kes rawatan susulan dan kes-kes rujukan berdasarkan tarikh temujanji.
  • Menerima kes – kes rujukan dari klinik kesihatan, klinik swasta dan hospital lain. Setiap pesakit yang dirujuk perlu membawa surat rujukan.
  • Terdapat seorang pakar perubatan daripada Hospital Melaka telah di tempatkan khas di Klinik Pakar Perubatan yang mana rawatan diberikan oleh pakar adalah secara berjadual iaitu dijalankan pada setiap minggu pada hari Isnin, Rabu dan Khamis.

Masa operasi

Hari
Masa Operasi
Isnin
2.00 petang – 5.00 petang
Rabu
8.00 pagi – 1.00 petang
Khamis
2.00 petang – 5.00 petang

 

Pegawai Yang Perlu Dihubungi

Lokasi
Nombor sambungan
Kaunter
175
Bilik 17 (JT (KUP) Kamalia)
177

 

Klinik Pakar     Ortopedik     Kanak kanak     Obstetrik dan Ginekologi     Diabetik     Rehabilitasi     Kulit    Perubatan   Surgikal     Psikiatrik     Mata     Telinga, Hidung & Tekak 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 03-05-2016 :: 03:03 PM