HOSPITAL KLUSTER
Perluasan Hospital Kluster
Apakah itu Hospital Kluster?
- Kumpulan beberapa hospital dalam 1 negeri
- Kedudukan geografi berhampiran
- Perkhidmatan dan aliran pesakit diintegrasikan
- Fungsi hospital dikongsi bersama (sumber & peralatan)
- “Cluster Management Team” dan “Governing Body” akan menguruskan operasi dan memantau prestasi di dalam cluster
Konsep Hospital Kluster
Transformasi Perkhidmatan Perubatan
- Memperkukuhkan integrasi pengurusan penjagaan kesihatan pesakit di dalam Hospital Kluster
- Mempertingkatkan kepuasan pelanggan
- Mempertingkatkan kompetensi anggota perawatan di hospital
- Perkongsian dan pengoptimaan sumber meningkatkan kecekapan
- Mempertingkatkan dan memperluaskan liputan perkhidmatan kepakaran di Hospital Tanpa Pakar
- Mengurangkan kesesakan di Hospital Berpakar.
Apakah Pilot Projek Hospital Kluster Melaka?
Projek Kluster
- Mengurangkan masa menunggu menjalankan prosedur AVF
- Meningkatkan bilangan prosidur Orthopedik di Dewan Bedah Hospital Jasin
- Meningkatkan BOR di Hospital Non Lead (Hospital Alor Gajah)
Faedah Hospital Kluster Kepada Pesakit
Kesihatan
- Tempoh menunggu untuk pembedahan AVF & Fixation of long bone fracture lebih singkat
- Mengurangkan mortality dan morbidity
- Dialisis dapat dilakukan lebih awal menggunakan AVF. Elak komplikasi IJC.
Kewangan
- Pembedahan AVF tidak perlu dijalankan di hospital swasta (kos swasta RM 1.5 hingga 2.5K)
- Komplikasi IJC dapat dielakkan, kurang risiko jangkitan, tidak kerap masuk wad. (1 IJC = RM 300)
- Pesakit yang berasal dari Jasin dan Alor Gajah boleh jalani pembedahan dan follow up di daerah masing-masing.
Pencapaian Hospital Kluster Melaka
Output / KPI
- Bilangan kes AVF dibuat di Hospital Jasin.
- Bilangan kes Orthopedik di buat di Hospital Jasin
Outcome / KPI
- BOR Hospital Alor Gajah & Hospital Jasin mencapai 65% ke atas
- Masa menunggu AVF berkurangan
- Peratus pencapaian masa menunggu prosidur ‘long bone’ 7 hari meningkat di Orthopedik.
Impak Projek
Bekerja Dalam Pasukan
- Komunikasi secara langsung dengan pakar
- Penjadualan lawatan Pakar dan tarikh temujanji secara bersepadu dalam cluster
- Piawaian Proses Kerja di dalam Kluster
- Mengurangkan Birokrasi
Organisasi
- Perubahan Pengurusan
- Merakyatkan perkhidmatan
- Peningkatan Akauntabiliti kepada Pakar
- Kompetensi Anggota bertambah
- Mobilisasi sumber seperti asset dan anggota
- Sistem Pengurusan Pesakit diintegrasikan
Pelanggan
- Tempoh menunggu pembedahan dapat dikurangkan
- Kesamarataan dalam rawatan kepakaran
- Penjimatan kos
- Pelanggan mendapat lebih keselesaan dalam menerima rawatan
Tarikh Akhir Kemaskini :: 18-03-2016 :: 08:11 AM