Jabatan Kecemasan Dan Trauma adalah satu unit yang beroperasi 24 jam selama 365 hari. Beroperasi menguruskan kes-kes kecemasan dan rawatan pesakit luar sekiranya Jabatan Pesakit Luar tidak beroperasi. Pesakit akan disaring mengikut tahap keterukan berpandukan sistem triaging yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti berikut:
a. ZON MERAH
b. ZON KUNING
c. ZON HIJAU
Skop Perkhidmatan
- Menerima kes kecemasan / kemalangan pada bila-bila masa.
- Membuat penyaringan pesakit/kes. (TRIAGE)
- Membuat pendaftaran pesakit dalam/luar selepas waktu pejabat.
- Menerima panggilan Ambulans:
- Kes kemalangan jalanraya dan trauma.
- Kes bersalin.
- Lain-lain kes kecemasan
- Respon kepada panggilan ambulan dari klinik kesihatan
- Menyediakan pasukan perlindungan perubatan kepada majlis-majlis rasmi yang melibatkan pembesar negeri dan negara.
- Bersiap siaga kepada sebarang kemungkinan bencana yang mungkin berlaku.
- Merujuk/menerima kes-kes kritikal dari/ke hospital lain.
Pegawai Yang Perlu DiHubungi
|
Bil
|
Nama Pegawai |
Sambungan
|
| 1 |
En Mohd Asnizan bin Abdul Samat -Ketua Unit |
186 |
| 2 |
Ketua Jururawat |
183 |
| 3 |
Kaunter Utama |
194 |
| 4 |
Yellow Zone |
191 |