1906 |
Hospital Alor Gajah dibina dengan mempunyai 1 wad iaitu 36 katil (6 untuk wad bersalin dan 30 untuk pesakit lelaki) dibawah jagaan 3 orang doktor. |
1933 |
Telah di laporkan seramai 658 orang telah dirawat di HAG dengan majoritinya pesakit lelaki. |
1934 |
Telah dilaporkan 66 kes antenatal telah dirujuk ke HAG dan 41 kelahiran telah dicatatkan. |
1935 |
HAG ditutup kerana Hospital Melaka telah dibuka. |
1937 |
HAG dibuka semula khas untuk pesakit TB kronik dari Hospital Melaka dan rawatan pesakit luar. |
1949 |
2 wad lelaki ditambah di HAG kerana bilangan pesakit TB bertambah. |
1955 |
Rawatan pesakit luar diambil alih oleh Pusat Kesihatan yang baru dibina berhampiran HAG. |
1961 |
Surau HAG dibina. |
1962 |
Sebuah lagi wad dibina bagi kes TB wanita yang dipindahkan dari Hospital Melaka |
1967 |
Makmal perubatan dibina. |
1973 |
Bulan Jun, penempatan TB berakhir dan semua pesakit TB dipindahkan ke Pusat Batuk Kering Mambau, Negeri Sembilan. |
1973 |
Jabatan Pesakit Luar dan Bilik Kecemasan dibina. Wad berasingan disediakan untuk pesakit lelaki dan perempuan (masing-masing 10 katil). 5 katil diperuntukkan untuk pesakit kanak-kanak. |
1976 |
Garaj ambulan dibina. |
1978 |
4 katil dikhaskan sebagai Pusat Pengesanan Dadah untuk penagih dadah yang ditangkap oleh pihak polis. |
1983 |
Pusat Pengesanan Dadah ditutup. |
1996 |
Wad Bersalin dibina. Makmal Perubatan diubahsuai melalui program menaiktaraf. |
1998 |
1 Mac, Wad Bersalin mula beroperasi dengan mempunyai 9 buah katil. |
1999 |
Unit Pengimejan Diagnostik dibina. Unit Pentadbiran diubahsuai. Unit Rekod Perubatan dan Stor Perubatan yang baru dibina. Kelab Kebajikan dan Sukan HAG ditubuhkan. (KEKASEH) |
2000 |
Mac, Penganugerahan Hospital Rakan bayi. Kuarters kakitangan yang baru telah dibina di Paya Datok. |
2001 |
Warna wad-wad ditukar dari warna biru lembut kepada warna peach agar tampak lebih ceria |
2002 |
Pensijilan MS ISO 9002 |
2003 |
Pengubahsuaian Unit Kecemasan, pertambahan Bilik Penyeliaan, Bilik Bedah Kecil, Bilik Plaster of Paris dan Isolation Room. Pertukaran MS ISO kepada versi MS ISO 9001:2000 |
2005 |
Unit Hemodialisis mula beroperasi dengan 4 buah mesin. Pensijilan MS ISO 9001:2000 |
2006 |
Perkhidmatan Jabatan Pesakit Luar dipindahkan dibawah tanggongjawab HAG. Pengubahsuaian Jabatan Pesakit Luar. Ulangtahun ke 100 Hospital Alor Gajah. |
2007 |
Pembangunan hospital yang baru di Paya Datok telah diluluskan dibawah Rancangan Malaysia ke 9. |
2007 |
April, Unit Perawatan di Rumah mula beroperasi. |
2008 |
Perasmian tapak hospital yang baru pada 5 Mac 2008. |
2015 |
Laman Web Rasmi Hospital Alor Gajah dibangunkan dengan ciri-ciri responsif |