HOSPITAL RAKAN BAYI

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengatur dan melaksanakan pelbagai strategi di dalam mempromosikan penyusuan susu ibu. Salah satu strategi untuk menggalakkan penyusuan susu ibu di Malaysia adalah melalui pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi.

  • —Hospital Alor Gajah merupakan salah sebuah Hospital Rakan Bayi ("Baby Friendly Hospital") di Negeri Melaka yang telah diiktiraf sejak tahun 2000 sehingga sekarang-dan telah melalui proses pengiktirafan sebanyak 4 kali.
  • —Kumpulan Penyokong Susu Ibu Hospital Alor Gajah telah ditubuhkan pada tahun 2000  bertujuan untuk membantu ibu-ibu yang mempunyai masalah dan memberi sokongan berkaitan penyususan susu ibu

Polisi Penyusuan Malaysia

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun.Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur 6 bulan

Polisi Penyusuan Susu Ibu Hospital Alor Gajah

  1. Mempunyai polisi penyusuan susu ibu secara bertulis yang disampaikan kepada semua kakitangan kesihatan secara berkala.
  2. Melatih semua kakitangan di dalam kemahiran yang perlu untuk melaksanakan polisi ini.
  3. Memberitahu semua ibu mengandung tentang kebaikan dan pengurusan penyusuan susu ibu.
  4. Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa setengah jam selepas kelahiran.
  5. Menunjukkan ibu-ibu cara menyusukan dan mengekalkan laktasi kepada ibu-ibu walaupun mereka terpaksa dipisahkan daripada anak-anak mereka.
  6. Tidak memberikan bayi-bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan.
  7. Mengamalkan penyusuan di sisi ibu (“rooming-in”) – memastikan ibu dan anak bersama-sama selama 24 jam sehari.
  8. Menggalakkan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi ("on demand") atau dorongan bayi ("baby-led feeding") atau apabila bayi menunujukkan  tanda-tanda ingin menyusu ("feeding cues")
  9. Tidak memberikan puting tiruan atau puting kosong kepada bayi-bayi yang menyusu susu ibu.
  10. Menggalakkan penubuhan kumpulan-kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan merujuk ibu-ibu kepada mereka selepas keluar hospital atau klinik.
  11. Pematuhan Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan: Semua anggota kesihatan perlu mematuhi Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan.
  12. Penjagaan Mesra Ibu ("Mother-Friendly Care") : Menyokong dan mengamalkan kelahiran dan Penjagaan Mesra Ibu ("Mother-Friendly Care")
  13. HIV dan pemakanan bayi: Semua ibu HIV positif menerima runding cara dan sokongan daripada anggota kesihatan tentang pemakanan bayi.

Penjagaan Mesra Ibu

  1. Galakkan ibu mempunyai peneman semasa bersalin bagi memberi sokongan emosi dan fizikal semasa kelahiran. Peneman boleh terdiri daripada :
    • suami atau ibu;
    • ibu atau ibu mertua;
    • saudara perempuan yang dewasa (18 tahun ke atas) yang dipilih oleh ibu.
  2. Membenarkan ibu mengambil minuman atau makanan yang ringan jika ibu mahu semasa proses kelahiran (bagi ibu berisiko rendah) seperti biskut, roti, susu atau milo)
  3. Menggalakkan ibu berjalan dan bergerak sebelum melahirkan, jika mahu dan menggalakkan ibu untuk melahirkan mengikut posisi pilihan kecuali terdapat halangan perubatan yang boleh mengakibatkan kompilasi dan ianya diterangkan dengan jelas kepada ibu. Di Hospital Alor Gajah posisi Dorsal Recumbent sahaja diamalkan.
  4. Menggalakkan ibu untuk memilih kaedah penahan sakit yang bukan ubatan melainkan jika diperlukan atau atas permintaan ibu tersebut seperti urutan, mandi air suam, pernafasan dalam, berzikir dan sebagainya.
  5. Tidak menggunakan sebarang prosedur invasif seperti memcahkan  selaput ketuban, episiotomy, perangsang mempercepatkan kelahiran (induction of labour), pembedahan caesarean atau kelahiran dengan  bantuan peralatan, melainkan keadaan memerlukan untuk kompilasi dan ianya diterangkan dengan jelas kepada ibu.

Sila hubungi Wad Kenanga 2C 06-5565350 ext 245 (Perkhidmatan 24 jam)

 


Tarikh Akhir Kemaskini :: 26-04-2016 :: 12:45 AM