PERKHIDMATAN  PENGURUSAN   

UNIT HASIL & DAFTAR MASUK

Unit Hasil & Daftar Masuk merupakan satu unit di bawah pengawasan Unit Kewangan, Bahagian Pengurusan & Pentadbiran Hospital Alor Gajah. Unit ini terletak bersebelahan dengan pejabat Ketua Penyelia Jururawat di Lobi Utama.

Unit hasil berfunsi mengurus dan mengutip semua hasil kerajaan di hospital ini dari pelbagai sumber seperti kutipan pesakit dalam (in-patient), kutipan pesakit luar (out-patient), bayaran laporan perubatan (medical report), bayaran pemereksaan kesihatan (medical check-up) dan pelbagai bayaran lain yang dibenarkan. 
 
Kaunter Daftar Masuk pula berfungsi sebagai tempat mendaftar pesakit masuk wad (In-patient) serta membuat kutipan hasil pesakit dalam yang discaj pada waktu rehat (1.00 tgh. - 2.00 petang) dari hari Isnin hingga Khamis.  Pada hari Jumaat pula daripada jam 12.15 tgh. hingga 2.45 petang segala urusan pendaftaran masuk wad dan kutipan bil hospital akan di ambil alih oleh petugas kaunter di Jabatan Kecemasan & Trauma.
 

Skop  Perkhidmatan

Unit ini menerima dan menguruskan pelbagai kutipan hasil supaya lebih bersistematk bagi meningkatkan pendapatan hasil hospital dengan menyediakan perkhidmatan seperti berikut:-

  1. Menerima bayaran bil rawatan pesakit dalam (in-patient)
  2. Menerima bayaran deposit hospital dan bayaran balik baki wang deposit
  3. Menerima kutipan harian daripada pemungut kecil (JPL, Daftar Masuk, Unit Kecemasan, Klinik-klinik Pakar Pelawat, Unit Fisioterapi/ Rehab & Unit Haemodialisis)
  4. Menerima bayaran perkhidmatan ambulan/ kereta jenazah  
  5. Menerima bayaran balik pelbagai bayaran
  6. Menerima bayaran pemereksan kesihatan (Medical check-up)
  7. Menerima bayaran laporan perubatan (Medical report)
  8. Menyediakan perkhidmatan surat jaminan secara elektronik (eGL) bagi kakitangan perkhidmatan awam dan ahli keluarga mereka 

Waktu Beroperasi

Hari
Waktu Operasi
Isnin hingga Khamis
8.00 pagi - 5.00 petang (termasuk 1.00 tengahari - 2.00 petang)
Jumaat  
8.00 pagi - 12.15 tengahari &
2.45 petang - 5.00 petang
12.15 tengahari - 2.45 petang dan Selepas waktu pejabat sila berurusan di Unit Kecemasan & Trauma bagi urusan pendaftaran masuk wad dan bayaran bil hospital (pesakit discaj).


Pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum segala urusan pendaftaran masuk wad dan bayaran bil hospital bagi pesakit yang discaj boleh dibuat di kaunter Unit Kecemasan & Trauma seperti berikut :

Hari
Waktu Operasi
Hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
9.00 pagi - 5.00 petang & 5.00 petang - 12.00 malam

Pegawai Yang Perlu dihubungi

Bil
Nama Pegawai
Sambungan
1
Ahmad Roshidi Jusoh - Kaunter Hasil  
120
2
Haslinda Abdul Latif Merdeka - Kaunter Daftar Masuk
121
3
Noor Baizura Nordin - Kaunter Daftar Masuk
115
Pengurusan     Unit Pentadbiran     Unit Kewangan    Unit Hasil & Daftar Masuk   Unit Kejuruteraan     Unit Teknologi Maklumat     Unit Kualiti 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 22-08-2016 :: 12:08 PM