PERKHIDMATAN  SOKONGAN KLINIKAL   

PERKHIDMATAN BAHAN STERIL

Unit CSSU mula dibuka pada awal Mac 2013.Unit CSSU  memberi perkhidmatan dalam pensterilan kepada semua Unit-Unit di Hospital termasuk juga Klinik Pergigian Alor Gajah serta Klinik Kesihatan yang berhampiran. Prosedur yang diamalkan sekarang adalah sama dengan standard yang diamalkan. 

Skop Perkhidmatan

  1. Menerima, membasuh, mengering, memeriksa, membungkus, mensterilkan, menyimpan dan membekal semua alatan, linen dan bahan -bahan untuk kegunaan merawat pesakit.
  2. Mensterilkan set-set ,linen dan soft dressing yang siap dibungkus dari Pusat Kesihatan yang berdekatan.
  3. Membungkus dan membuat bahan-bahan steril untuk kegunaan hospital.
  4. Menyimpan produk steril selepas proses pensterilan, sebelum pembekalan.
  5. Membekal produk steril untuk kegunaan Jabatan/Unit/Wad/Klinik.
  6. Membungkus, mensterilkan dan membekal linen untuk kegunaan Dewan Bedah.
  7. Menyediakan ‘Quotation’ dari Syarikat Pembekal bagi pembelian peralatan yang perlu dibeli/diganti.
  8. Menyediakan anggaran keperluan barang surgical dan domestik untuk dikemukakan kepada pegawai yang berkaitan bagi tujuan  pembelian.

Objektif

  1. Menyediakan Perkhidmatan Pensterilan, Bahan Dan Peralatan Steril Untuk Kemudahan Kesihatan.
  2. Meningkatkan Kemajuan Dalam Pensterilan Dan Mengimplimentasi Perubahan Yang Perlu Mengikut Perkembangan Semasa.
  3. Memberi Khidmat Nasihat Kepada Jabatan Dan Unit Lain Berkaiatan  Proses Pensterilan,Konsep Dan Aliran Kerja Cssu.
  4. Mengekalkan Kemajuan Bidang Pensterilan Serta Melaksanakan Perubahan Jika Perlu Dari Masa Ke Semasa Seiring Dengan Peraturan Dan Tatacara Kerja Yang Disarankan.

Pegawai Yang Perlu Dihubungi

Bil
Nama
Sambungan
1 Masnida bt Saharil  - Ketua Unit      273
2 Packing Kaunter 272
Sokongan Klinikal     Farmasi & Bekalan     Patologi     Pengimejan & Diagnostik     Fisioterapi     Carakerja    Perkhidmatan Bahan Steril   Sajian & Dietetik     Rekod Perubatan     Kawalan Infeksi     Kejururawatan     Penyeliaan 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 03-05-2016 :: 12:12 PM