PERKHIDMATAN  KLINIKAL   

UNIT FORENSIK

Menyediakan perkhidmatan perubatan forensik yang cekap, cemerlang dan dinamik.  

 

Piagam Pelanggan

  • Pelanggan akan dilayan secara profesional, jujur, mesra, hormat dan bertimbangrasa.
  • Pelanggan boleh mendapatkan penjelasan dan nasihat mengenai perkhidmatan & prosedur kerja yang telah ditetapkan.
  • Segala maklumat dalam laporan bedah siasat akan dikendalikan dengan penuh rahsia dan sulit.
  • Memberi perkhidmatan 24 jam bagi urusan penerimaan mayat. Permohonan dan temujanji perlu dilakukan bagi urusan penyerahan mayat.
  • Kewajipan pelanggan
    • Mematuhi semua prosedur, undang-undang dan peraturan yang berkaitan
    • Bersikap profesional, hormat dan bersopan santun semasa berurusan di jabatan ini
    • Menggunakan segala kemudahan di jabatan ini dengan penuh tanggungjawab


Skop Perkhidmatan 

  • Perkhidmatan Forensik merangkumi bidang Perubatan Forensik dan Sains Forensik. Bidang Sains Forensik pada masa ini dikendalikan oleh pihak Jabatan Kimia Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, manakala bidang Perubatan Forensik pula dikendalikan oleh Pakar-Pakar Perubatan Patologi Forensik di bawah Jabatan Perubatan Forensik Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Bidang Perubatan Forensik dibahagikan kepada 4 pengkhususan iaitu:
    • Patologi Forensik - Melibatkan pemeriksaan mayat bagi kes-kes polis.
    • Forensik Klinikal - Melibatkan pemeriksaan perubatan mangsa/ suspek yang terlibat dalam kes polis yang masih hidup.
    • Amalan Medikolegal - Menyentuh aspek-aspek perundangan dan etika perubatan.
    • Latihan - Menjadi tempat pelajar IPT / IPTS, latihan lanjutan perubatan dan kakitangan hospital untuk melakukan latihan dan amali.
  •     Perkhidmatan yang disediakan:
    •  Penerimaan mayat dari dalam hospital
    •  Penerimaan mayat dari luar hospital bagi kes medikolegal
    • Penyimpanan mayat untuk kes dalaman
    • Pengendalian bedahsiasat
    • Pengendalian spesimen
    • Penyerahan mayat
    • Pengurusan mayat yang tidak dituntut
    • Pengendalian mayat berisiko tinggi (Biohazard)
    • Pengendalian pengambilan organ/ tisu
    • Penerimaan mayat dari hospital lain

Pegawai Yang Perlu Dihubungi

Bil
Nama Pegawai
Sambungan
1 Mohd Hariri Izwan bin Ab.llah - Ketua Unit 288
2 Kaunter 289
Klinikal     Unit Kecemasan & Trauma     Unit Pesakit Luar     Klinik Pakar     Pesakit Dalam    Unit Forensik   Unit Hemodialisis 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 03-05-2016 :: 03:47 PM