PERKHIDMATAN  SOKONGAN KLINIKAL   

FARMASI & BEKALAN

Jabatan Farmasi dan Bekalan adalah salah satu perkhidmatan sokongan klinikal yang utama di Hospital Alor Gajah. Unit ini terdiri daripada 11 Pegawai Farmasi dan 21 anggota kumpulan sokongan.

Piagam Pelanggan

Farmasi Pesakit Luar

  • Memastikan ubat – ubatan yang betul dibekalkan tidak melebihi 30minit bagi preskripsi yang lengkap diterima.
  • Memastikan pelanggan yang berdaftar dengan Sistem Temujanji Farmasi mendapat bekalan ubat susulan pada tarikh yang dijanjikan.

Farmasi Pesakit Dalam

  • Memastikan pembekalan ubat ke wad/unit bagi preskripsi/pesanan yang lengkap diterima dalam tempoh masa 3jam dalam waktu pejabat.

Farmasi Logistik

  • Membekalkan item standard kepada pemesan tidak melebihi 14 hari bekerja selepas pesanan yang lengkap diterima.
  • Membekalkan item bukan standard kepada pemesan selepas pesanan yang lengkap diterima, tidak melebihi 7 hari bekerja selepas bekalan diterima di Unit Farmasi Logistik.

Skop Perkhidmatan

  1. Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar
  2. Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC)
  3. Perkhidmatan Pengeluaran dan Pra-bungkus ubat
  4. Perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam
  5. Perkhidmatan Farmasi Wad
  6. Perkhidmatan Maklumat Ubat
  7. Logistik - Perolehan dan Bekalan

Masa Operasi

Hari
Waktu Operasi
Lokasi Perkhidmatan
Isnin – Jumaat
7.30 pagi – 9.30 malam Kaunter Farmasi  Pesakit Luar
9.30  malam – 12.00 malam Kaunter Farmasi di Unit  Kecemasan
Hujung Minggu/ Kelepasan Am
9.00 pagi – 1.00 tengahari 5.00 petang – 9.30 malam Kaunter Farmasi  Pesakit Luar
9.30  malam – 12.00 malam Kaunter Farmasi di Unit  Kecemasan

Perkhidmatan Farmasi Tambah Nilai (VAS)

Hospital ini menawarkan perkhidmatan :

Temujanji dan Ambil  (i-med)
Perkhidmatan ini membolehkan pesakit mengambil ubat susulan dengan lebih cepat.

SMS dan Ambil
Perkhidmatan ini memberi kemudahan kepada pesakit mengambil ubat susulan jenis SIRAP yang perlu penyediaan segera (freshly prepared) dengan lebih cepat.
Untuk menyertai perkhidmatan ini, pesakit perlu mendaftar di kaunter farmasi untuk mendapatkan kad temujanji  i-med  atau SMS dan Ambil terlebih dahulu. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pegawai di kaunter farmasi atau telefon kami di talian 06-5565350 ext 149/150 dalam waktu pejabat (8.00 am- 5.00 pm).

Pertanyaan Ubat-ubatan
Sebarang pertanyaan ubat-ubatan boleh hubungi :

  • Tol Free  National Pharmacy Call Centre Toll Free Line 1-800-88-6722  beroperasi 24 jam
  • Perkhidmatan Maklumat Ubat 06-5565350 ext 153 beroperasi dalam waktu pejabat (8.00 am- 5.00 pm)

Pegawai Yang Perlu Dihubungi

Bil
Nama
Sambungan
1
Cik Dahlia binti Md Shah - Ketua Unit
158
2
Pn Siti Mariam binti Md Ali - Farmasi Pesakit Luar
149/148
3
 Pn Auni Damia Aqilah binti Abdul Raof - Maklumat ubat
153
4
Cik Lai Siew Shyuan - Stor Logistik
256
Sokongan Klinikal    Farmasi & Bekalan   Patologi     Pengimejan & Diagnostik     Fisioterapi     Carakerja     Perkhidmatan Bahan Steril     Sajian & Dietetik     Rekod Perubatan     Kawalan Infeksi     Kejururawatan     Penyeliaan 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 11-07-2018 :: 10:46 AM