PERKHIDMATAN  SOKONGAN KLINIKAL   

KEJURURAWATAN

Unit Kejururawatan Hospital Alor Gajah merupakan tulang belakang kepada hospital ini. Unit ini dianggotai seramai 176 orang jururawat dari pelbagai kategori. Merupakan 1/3 jumlah keseluruhan anggota kerja Hospital Alor Gajah. Unit Kejururawatan diketuai oleh Ketua Penyelia Jururawat Gred U42 dan dibantu oleh 3 orang Penyelia Jururawat Gred U36 bagi memastikan perkhidmatan kejururawat yang prihatin dan berkualiti . Anggota kejururawatan yang lain ditempatkan dibahagian klinikal bagi memberi perawatan secara total kepada pelanggan kami. 


Skop Perkhidmatan

Menyediakan kemudahan  perkhidmatan, penilaian, diagnosa, rawatan dan penjagaan serta memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit .
Perkhidmatan yang diberikan ialah perkhidmatan kejururawatan bagi pesakit dalam dan pesakit luar.

Pesakit Dalam adalah pesakit yang menerima rawatan didalam wad. 

Mereka ditempatkan di : -

  • Wad Kenanga 2A - Wad Multidisiplin Lelaki 
  • Wad Kenanga 2B - Wad Multidisiplin Perempuan 
  • Wad Kenanga 2B (Pead) - Wad Kanak-Kanak 
  • Wad Kenanga 2C – Wad Materniti & Neonate (NNJ)  dan Labour Room
  • ICU

Pesakit Luar adalah pesakit yang menerima rawatan di Jabatan Kecemasan & Trauma, Klinik Pakar, Unit Dewan Bedah dan Unit Haemodialisis.

Selain daripada merawat pesakit dalam dan pesakit luar jururawat juga membantu Medical Team dan membantu promosi pendermaan organ dengan Organ Donation Team Hospital Alor Gajah.

Hospital Rakan Bayi

  • Hospital Alor Gajah telah mendapat pengiktirafan Hospital Rakan Bayi semenjak 2000.

Mother Friendly Care

  • Mempraktiskan penjagaan mesra ibu untuk ibu-ibu yang dibenarkan bersalin di Hospital Alor Gajah.

 

Pegawai Yang Perlu Dihubungi

Bil
Nama
Sambungan
1
Matron Rohaya binti Mohd Wazir - Ketua Unit
205
2
Matron Hasiah binti Husain (Wad 2A)
240
3
Matron Norila binti Samsudin (Wad 2C & Bersalin & ICU)
283
4
Matron Rozilawati binti Mohamad (Wad 2B & Peads)
254 / 111

 

Sokongan Klinikal     Farmasi & Bekalan     Patologi     Pengimejan & Diagnostik     Fisioterapi     Carakerja     Perkhidmatan Bahan Steril     Sajian & Dietetik     Rekod Perubatan     Kawalan Infeksi    Kejururawatan   Penyeliaan 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 13-11-2017 :: 11:31 AM