PERKHIDMATAN  SOKONGAN KLINIKAL   

FISIOTERAPI

Jabatan Fisioterapi merupakan satu jabatan pemulihan fizikal ketahap optimum atau satu pusat rehabilitasi fizikal dari segi pengurangan sakit, mobilisasi sendi, meningkatkan kekuatan otot atau fleksibiliti otot serta penjagaan postur keatas pesakit. Ia mula beroperasi pada tahun 2007. Pada masa kini Jabatan Fisioterapi mempunyai seorang  Ahli Fisioterapi Gred U32 dan 3 orang Ahli Fisioterapi Gred U29, yang bertugas untuk mengendalikan pesakit luar dan dalam.
 

Skop Perkhidmatan

Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra, bersopan santun, bertimbang rasa, cepat, cekap dan professional. Setiap pelanggan akan :

  • Menerima rawatan fisioterapi dengan adanya surat rujukan dari pengamal perubatan.
  • Didaftarkan dalam masa 15 minit selepas terima surat rujukan dan menerima rawatan dalam masa 30 minit didaftarakan.
  • Dikenakan bayaran mengikut Akta Fee 1994 melainkan jika disertakan dengan surat jaminan dari syarikat/jabatan/sekolah/IPTA/Pesara/kakitangan kerajaan atau pengecualian bayaran.
  • Setiap pesakit di dalam wad akan dirawat oleh ahli Fisioterapi pada hari yang sama selepas rujukan diterima pada setiap hari bekerja.
  • Diberikan jaminan bahawa kehormatannya dipelihara semasa menerima rawatan. Segala maklumat mengenai pesakit dan rawatan akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya terrakluk kepada undang-undang.

Aktiviti Unit

  • Memberi perkhidmatan Fisioterapi kepada pesakit luar dan di dalam wad dengan penggunaan pelbagai modaliti perawatan berlandaskan Piawaian Amalan Fisioterapi.
  • Perawatan merangkumi modaliti ;
    • Mechanical therapy
    • Electrotherapy
    • Chest Physiotherapy
    • Exercise Therapy
    • Light therapy
    • Thermal therapy
    • Special technique
    • Cryotherapy 
    • Gait therapy
    • Patient education
  • Perawatan merangkumi kes-kes rujukan dari ;
    • Medical
    • Surgical
    • Orthopedic
    • Pediatric
    • O & G
    • Neurology
    • Neurosurgery
    • Anesthesiology
    • Dermatology
    • Rehabilitation
    • Lain-lain
  • Mengendalikan Kelas-Kelas Pendidikan Pesakit ( Support Group) sebulan sekali
  • Mengendalikan Program Obesiti dikalangan pesakit dan kakitangan kesihatan pada setiap tahun.
  • Mempunyai Team Senamrobik yang bergerak aktif dalam memenuhi keperluan Jabatan dan agensi kerajaan dalam menyemarakkan Kempen Cara Hidup Sihat.
  • Menerima jemputan Ceramah yang berkaitan perkhidmatan Fisioterapi  apabila diperlukan.

Waktu Operasi

Hari     Waktu Operasi     Waktu Rehat     Waktu Operasi
Isnin hingga Khamis     8.00 pagi hingga 1.00 petang     1.00 petang hingga 2.00 petang     2.00 petang hingga 5.00 petang
Jumaat     8.00 pagi hingga 12.15 tengahari     12.15 tengahari hingga 2.45 petang     2.45 petang hingga 5.00 petang
Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am         Tutup   Tutup   Tutup  

 

Pegawai Yang Perlu Dihubungi

Bil
Nama
Sambungan
1 Pn Suriati binti Said@Nawang  - Ketua Unit Fisioterapi

137

2

Kaunter

139

 

Sokongan Klinikal     Farmasi & Bekalan     Patologi     Pengimejan & Diagnostik    Fisioterapi   Carakerja     Perkhidmatan Bahan Steril     Sajian & Dietetik     Rekod Perubatan     Kawalan Infeksi     Kejururawatan     Penyeliaan 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 13-11-2017 :: 10:37 AM