PERKHIDMATAN  PENGURUSAN   

UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

Unit Teknologi Maklumat merupakan satu unit dibawah Bahagian Pengurusan Hospital Alor yang berperanan mengawal selia keperluan perkakasan komputer, operasi sistem ICT dan menyediakan prasarana teknologi maklumat di hospital supaya berfungsi dengan baik dan efisyen dari semasa ke semasa berlandaskan teknologi yang terkini.

Skop Perkhidmatan

Menyediakan perkhidmatan ICT yang meliputi:

  • Maklumbalas Pelanggan - Memberi maklumbalas segera terhadap sebarang aduan pengguna berkaitan ICT hospital.
  • Komunikasi dan Kolaborasi - Menyedia dan mengurus kemudahan komunikasi dan rangkaian seperti capaian Internet dan emel serta menyelenggara portal.
  • Perisian - Mengurus dan menyediakan perisian yang sah dan tulen kepada setiap kemudahan ICT. 
  • Keselamatan ICT - Merancang dan menyediakan perkhidmatan dalam melindungi kerahsiaan dan kesahihan maklumat, integriti data dan meminimumkan insiden keselamatan dalam penggunaan kemudahan ICT di hospital termasuk memastikan warga hospital mematuhi Dasar Keselamatan ICT KKM.
  • Pelaksanaan Dasar ICT – Melaksanakan dasar ICT yang telah ditetapkan oleh KKM disamping memastikan prosedur ICT dipatuhi. 

Masa Operasi

Isnin – Jumaat : 8.00 pagi – 5.00 petang

Pegawai Yang Perlu Dihubungi

Bil
Nama
Sambungan
1 Muhammad Khairi bin Jansar - Pen Peg Tek Maklumat Kanan 301
2 Safriza bt Abdul Karim - Juruteknik Komputer 206
Pengurusan     Unit Pentadbiran     Unit Kewangan     Unit Hasil & Daftar Masuk     Unit Kejuruteraan    Unit Teknologi Maklumat   Unit Kualiti 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 25-04-2016 :: 12:49 PM