PERKHIDMATAN  SOKONGAN KLINIKAL   

PATOLOGI

Pengenalan          

Unit Perkhidmatan Patologi diwujudkan untuk melakukan ujian-ujian makmal bagi mengenalpasti penyakit agar rawatan yang tepat dapat diberikan kepada pesakit. Ujian-ujian makmal yang dilakukan adalah menepati tahap kawalan mutu yang ditetapkan. Ini amat diperlukan bagi memenuhi matlamat Kementerian Kesihatan Malaysia dalam meningkatkan dan mengekalkan taraf hidup yang optima untuk individu, keluarga  dan masyarakat.
 
Unit Perkhidmatan Patologi ini masih diletakkan pada Level II di mana ianya dikendalikan oleh Pegawai Sains. Segala aktiviti adalah tertakluk kepada Arahan Perbendaharaan, Pekeliling Kementerian Kesihatan dan Perintah Am yang berkaitan juga Polisi dan Dasar Kementerian Kesihatan Malaysia

Skop Perkhidmatan 

  • Memberikan perkhidmatan diagnostik / ujian Patologi dalam bidang  Mikrobiologi, Serologi, Patologi Kimia, Hematologi dan Transfusi Darah.
  • Memberikan perkhidmatan bekalan darah dan komponen darah.
  • Memberikan pendedahan kepada penuntut dari institusi pengajian tinggi awam atau swasta berkaitan Perkhidmatan Patologi. 
  • Menyediakan perkhidmatan rujukan bagi klinik-klinik kesihatan Daerah Alor Gajah, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta rujukan lain yang berkaitan.
  • Menjadi pusat rujukan bagi ujian Mikologi seluruh negeri Melaka (projek kluster negeri Melaka)


Masa Operasi

Beroperasi 24jam
 

Pegawai Yang Perlu Dihubungi

Bil
Nama
Sambungan
1 Mohd Syahmi Ramzi bin Salihan  - Ketua Unit (Peg Sains Kimia Hayat)     163
2 Musalman bin Rambeli - Peg Sains Kimia Hayat  269
3 Pn Samshiah bt Md Said - Pegawai Sains (Mikrobiologi) (JTMP U36) 166
4 Kaunter Utama 161
Sokongan Klinikal     Farmasi & Bekalan    Patologi   Pengimejan & Diagnostik     Fisioterapi     Carakerja     Perkhidmatan Bahan Steril     Sajian & Dietetik     Rekod Perubatan     Kawalan Infeksi     Kejururawatan     Penyeliaan 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 03-05-2016 :: 10:51 AM