PERKHIDMATAN  SOKONGAN KLINIKAL   

REKOD PERUBATAN

Unit ini diwujudkan pada tahun 1986 dengan seorang Penolong Pegawai Rekod Perubatan sahaja dan ditempatkan di Unit Pentadbiran. Pada tahun 1995 satu bangunan dibina sebagai pejabat dan tempat penyimpanan rekod perubatan pesakit. Namun demikian masih lagi dianggotai oleh seorang pegawai. Pada tahun 2008, barulah kakitangan di Unit Rekod Perubatan telah bertambah dan kini dianggotai oleh 2 Penolong Pegawai Rekod Perubatan dan 7 Pembantu Tadbir.

Fungsi unit Rekod Perubatan

  • Pengurusan Rekod-rekod Perubatan Pesakit di Hospital Alor Gajah.
  • Pengurusan Laporan Perubatan yang diperlukan oleh pelbagai pihak.
  • Penyediaan Laporan Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Melaksanakan disease coding mengikut International Statistical Classification of Diseases Related Health problems. (ICD-10)
  • Melaporkan kes-kes penyakit berjangkit ke Jabatan Kesihatan Daerah secara talian e-Notis

Peranan dan Tanggungjawab

  • Unit Rekod Perubatan bertanggungjawab keatas pengurusan semua rekod-rekod perubatan pesakit di Hospital Alor Gajah. Unit ini perlu mematuhi garispanduan KKM dan Akta Arkib dalam segala aspek pengujudan, penyimpanan, pengeluaran, keselamatan, kerahsiaan sehinggalah kepada pelupusan rekod-rekod perubatan.
  • Unit Rekod Perubatan bertanggungjawab keatas pengurusan permohonan laporan perubatan yang perlu disediakan oleh Pegawai Perubatan di Hospital Alor Gajah. Diantara permohonan ini adalah bagi tujuan di Jabatan Kerajaaan, orang perseorangan, syarikat guaman, Insurans, PERKESO, KWSP dan lain-lain lagi.
  • Unit Rekod Perubatan bertanggungjawab keatas penyediaan semua jenis laporan statistik yang diperlukan oleh Pusat Informatik kesihatan KKM, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Hospital Alor Gajah atau lain-lain pihak yang diberikan kebenaran. Laporan ini melibatkan laporan secara mingguan, bulanan, tahunan dan laporan ad-hoc yang diperlukan dari masa ke semasa.
  • Penolong Pegawai Rekod Perubatan diberikan tanggungjawab sebagai disease coder di Hospital Alor Gajah bagi menentukan kod-kod penyakit setiap pesakit sejajar dengan ketetapan yang terdapat dalam ICD-10.

Piagam Pelanggan

  • Bagi permohonan yang telah lengkap, laporan perubatan akan disiapkan dalam tempoh 14 hari bekerja.

 

Pegawai Yang Perlu Dihubungi

Bil
Nama
Sambungan
1
A'sekin bin Hamdan - Ketua Unit
110
2
Nasrullah bin Abdul Ghani
109
3
Normazura bt Abd Majid (Casemix & SMRP)
108
4
Kaunter
105
Sokongan Klinikal     Farmasi & Bekalan     Patologi     Pengimejan & Diagnostik     Fisioterapi     Carakerja     Perkhidmatan Bahan Steril     Sajian & Dietetik    Rekod Perubatan   Kawalan Infeksi     Kejururawatan     Penyeliaan 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 03-05-2016 :: 12:24 PM