PERKHIDMATAN  KLINIKAL   

UNIT HEMODIALISIS

Unit Hemodialisis Hospital Alor Gajah  mula beroperasi pada 12 Julai 2005.  Bermula dengan 4 buah mesin Dialisis.  Pada masa sekarang unit ini telah mempunyai 10 buah mesin Dialisis.  Unit Hemodialisis dikendalikan oleh 14 orang kakitangan, 2 orang pegawai perubatan.  Pakar Nefrologi dari Hospital Melaka akan datang melakukan lawatan dan pemeriksaan pesakit setiap 3 bulan. 

Piagam Pelanggan

  • Setiap pelanggan akan diberi layanan mesra dan profesional
  • Memastikan semua prosedur rawatan yang diberi adalah terbaik, selamat dan teratur
  • Perkhidmatan dialisis diberikan hanya kepada pesakit yang telah mempunyai temujanji
  • Setiap pesakit diberi rawatan 3 kali seminggu
  • Rawatan dialisis mengambil masa selama 4 jam setiap sessi

Skop Perkhidmatan

  • Memberikan perkhidmatan rawatan hemodialisis terhadap pesakit yang telah disahkan oleh doktor mengalami kegagalan fungsi buah pinggang sama ada akut atau kronik
  • Klinik Pakar oleh Pakar Perunding Kanan Nefrologi dari Hospital Melaka untuk pesakit yang menjalani rawatan dialisis diadakan setiap 3 bulan sekali
  • Membekal peralatan rawatan CAPD kepada pesakit kegagalan buah pinggang.
  • Memberi Suntikan  Erythropoietin kepada pesakit CAPD.

Masa Operasi

Hari
Waktu
Isnin, Rabu  & Jumaat (termasuk hari kelepasan am) 7.00 pagi -  9.00 malam
Selasa , Khamis & Sabtu(termasuk hari kelepasan am) 7.00 pagi -  9.00 malam
Ahad Tutup

 

Pegawai Yang Perlu Dihubungi

Bil
Nama Pegawai
Sambungan
1 Tuan Hj. Hanif bin Adnan - Ketua Unit 132
2 Kaunter 133

 

Klinikal     Unit Kecemasan & Trauma     Unit Pesakit Luar     Klinik Pakar     Pesakit Dalam     Unit Forensik    Unit Hemodialisis

Tarikh Akhir Kemaskini :: 03-05-2016 :: 03:52 PM