PERKHIDMATAN  PENGURUSAN   

UNIT PENTADBIRAN

Unit Pentadbiran Hospital Alor Gajah terletak di Aras 1, Blok Pentadbiran, Hospital Alor Gajah. Unit ini telah berpindah dari bangunan lama ke bangunan baru pada 18 Februari 2013. Unit ini diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir N32 dengan dibantu oleh 3 orang Pembantu Tadbir (P/O) N22 dan 16 Pembantu Tadbir (P/O) N17.  Unit ini juga mempunyai 3 bahagian iaitu Pentadbiran Am, Sumber Manusia serta Pembangunan dan Aset.  Unit ini dibantu oleh Pegawai Khidmat Pelanggan N17, Pembantu Operasi N11 dan Pembantu Awam H11

 

Skop Perkhidmatan - Pentadbiran Am

  • Menguruskan segala urusan berkaitan surat-menyurat, memfailkan surat-surat serta mengawal dan menyemak pergerakan fail.
  • Menguruskan urusan latihan serta kursus-kursus untuk kakitangan Hospital Alor Gajah.
  • Menyediakan kad perakam waktu bagi kakitangan Hospital Alor Gajah.
  • Memastikan permohonan urusan percetakan diselenggara di Unit Pentadbiran HospitalAlor Gajah.
  • Menerima dan memproses pemohonan alat tulis dengan cepat dan betul
  • Bilik-bilik mesyuarat diuruskan oleh Unit Pentadbiran. Penempahan bilik dibuat melalui Unit Pentadiran.

 

  Skop Perkhidmatan - Sumber Manusia

  • Penyelenggaran Buku Rekod Perkhidmatan
  • Menguruskan Urusan Perjawatan di dalam aplikasi HRMIS
  • Menguruskan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)
  • Menguruskan Pengendalian Cuti

 

Skop Perkhidmatan - Pembangunan Dan Aset

  • Merancang projek-projek pembangunan beserta bajet.
  • Urusan dokumen berkaitan sebut harga projek yang dirancang.
  • Membuat laporan kerosakan bangunan kepada kontraktor utama selama tempoh jaminan.
  • Pengurusan aset tak alih kerajaan.
  • Pengurusan kenderaan jabatan berkaitan pembelian,perlupusan,permohonan kad minyak dan pembaharuan cukai jalan.

 

Pegawai Yang Perlu Dihubungi

Bil
Nama
Sambungan
1 En.Sazali bin Ibrahim - Ketua Unit 213
2 Pn. Yusnira Binti Ya’akub - Unit Pentadbiran Am 216
3 Pn. Siti Assiah Binti Nasir - Unit Sumber Manusia 225
4 Pn. Nor Aslin Binti Ahmad - Unit Pembangunan dan Aset 199
Pengurusan    Unit Pentadbiran   Unit Kewangan     Unit Hasil & Daftar Masuk     Unit Kejuruteraan     Unit Teknologi Maklumat     Unit Kualiti 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 27-10-2017 :: 04:52 PM