PERKHIDMATAN  SOKONGAN KLINIKAL   

CARAKERJA

Unit Pemulihan Carakerja 

Unit Pemulihan Carakerja memulakan operasi di hospital ini pada 18 September 2006. Unit ini berkongsi fasiliti perawatan pesakit dengan Unit Fisioterapi di bawah Unit Rehabilitasi. Unit Rehabilitasi terletak bersebelahan dengan Unit Hemodialisis.
 

Skop Perkhidmatan Unit Pemulihan Carakerja

Memberi Rawatan Pemulihan Carakerja kepada pesakit yang meliputi pengambilan sejarah pesakit (screening), penilaian (assessment) dan rawatan yang terdiri daripada latihan kerja (Work rehabilitation), penilaian pemandu (driving assessment), work resettlement / work hardening, senaman fizikal, latihan kefungsian, latihan aktiviti harian (ADL), latihan kefungsian kognitif, splinting, outing, pressure garment, konsultasi penggunaan orthosis dan prosthesis, adaptasi rekabina dan alat bantuan, dan lawatan kerumah / sekolah dan tempat kerja. Pesakit-pesakit yang terlibat adalah terdiri daripada

a) Pesakit Orthopedik
b) Pesakit Pembedahan dan Luka Terbakar
c) Pesakit Perubatan
d) Pesakit Pediatrik
 

Masa Operasi

Waktu Operasi
Masa
Isnin – Khamis 8.00 pagi hingga 1.00 petang
  2.00 petang hingga 5.00 petang
Jumaat 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
  2.45 petang hingga 5.00 petang

 

Pegawai Yang Perlu Dihubungi

Bil
Nama
Sambungan
1 Jasni Abdullah - Ketua Unit 138
2 Kaunter Pendaftaran 139
Sokongan Klinikal     Farmasi & Bekalan     Patologi     Pengimejan & Diagnostik     Fisioterapi    Carakerja   Perkhidmatan Bahan Steril     Sajian & Dietetik     Rekod Perubatan     Kawalan Infeksi     Kejururawatan     Penyeliaan 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 03-05-2016 :: 11:59 AM