PERKHIDMATAN  SOKONGAN KLINIKAL   

PENGIMEJAN & DIAGNOSTIK

Unit Pengimejan Diagnostik merupakan salah satu    perkhidmatan sokongan klinikal yang terdapat di Hospital Alor Gajah.  Unit ini menjalankan perkhidmatan radiografi am bagi membantu pasukan perubatan memberi perkhidmatan rawatan yang terbaik, cekap dan berkesan kepada masyarakat Daerah Alor Gajah khususnya dan masyarakat Malaysia amnya.

Unit Pengimejan Diagnostik telah memulakan perkhidmatannya semenjak 12 Januari 1998. Pada awal unit ini dibuka, hanya terdapat sebuah mesin     x-ray statik dan sebuah mesin proses filem jenis “table-top” sahaja.  Setelah berpindah ke hospital baharu, unit ini mempunyai 1 mesin radiografi am, 2 unit mesin x-ray mudah alih, 1 unit mesin ultrasound dan 1 unit laser printer.
Unit Pengimejan Diagnostik beroperasi sepanjang 24 jam setiap hari.
 

Visi

Menyediakan perkhidmatan pengimejan diagnostik yang berterusan dan berkualiti kepada semua pelanggan.

Objektif Khusus

  • Memberi perkhidmatan pengimejan diagnostik yang cekap, tepat dan berkualiti bagi meningkatkan taraf kesihatan masyarakat setempat.
  • Menjalankan perkhidmatan pengimejan secara selamat terhadap diri sendiri dan masyarakat dengan mematuhi Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984.
  • Mempastikan kadar penolakan filem bulanan tidak melebihi 5%.
  • Mengemaskini pengetahuan kakitangan dengan menggalakkan penyertaan dalam program pembelajaran berterusan.

Piagam Pelanggan

  • Pesakit dan pelanggan akan dilayan dalam masa 10 minit.
  • Radiograf dapat disiapkan dalam masa 1 jam.
  • Keutamaan disediakan untuk pesakit kecemasan.
  • Memberi perlindungan sinaran seoptimum mungkin.
  • Menyediakan perkhidmatan diagnostik yang berkualiti..
  • Berkhidmat secara professional dan beretika.
  • Kepuasan pelanggan adalah milik bersama.

Pegawai Yang Perlu Dihubungi

Bil
Nama
Sambungan
1 Alina bt Sulaiman  - Ketua Unit 104
2 Kaunter Utama 100
Sokongan Klinikal     Farmasi & Bekalan     Patologi    Pengimejan & Diagnostik   Fisioterapi     Carakerja     Perkhidmatan Bahan Steril     Sajian & Dietetik     Rekod Perubatan     Kawalan Infeksi     Kejururawatan     Penyeliaan 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 03-05-2016 :: 10:55 AM