PROFIL JABATAN   

PERUTUSAN PENGARAH

Salam Sejahtera dan selamat datang ke portal rasmi Hospital Alor Gajah, Melaka. Bersyukur kita kepada Illahi di atas limpah kurniaNya, Hospital Alor Gajah telah berjaya mewujudkan portal yang bertujuan mewar-warkan perkhidmatan yang disediakan di hospital ini.  Diharapkan Portal ini dapat memberikan maklumat terkini mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan kepada warga hospital dan masyarakat.
           
Selain daripada itu, diharapkan ia akan menjadi mekanisma penyebaran maklumat berkaitan penjagaan kesihatan dan perubatan disamping pendidikan kesihatan kepada seluruh anggota masyarakat.
          
Usaha untuk memperkukuhkan penyebaran maklumat dan info-info terkini akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
          
Diharapkan pengunjung portal akan memperolehi maklumat yang bermanfaat dan berpeluang mengemukakan cadangan kepada pihak Pengurusan Hospital melalui ruangan maklumbalas bagi menambah dan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang disediakan. Maklumbalas daripada pengunjung amat dialu-alukan.

Selamat melayari portal rasmi Hospital Alor Gajah.

Sekian terima kasih.

"KAMI SEDIA MEMBANTU"
"PENYAYANG, BEKERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISMA ADALAH BUDAYA KERJA KITA"

DR SURAIDAH BT KARIM
PENGARAH HOSPITAL ALOR GAJAH
Profil Jabatan    Perutusan Pengarah    Latar belakang     Piagam Pelanggan     Carta Organisasi     Ahli Lembaga Pelawat 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 21-04-2016 :: 03:20 AM